4/19/14

lama tak update

lama dahhh tak tulis apa2 post kan..laa ni baru rasa nak menaipnya..
dekat dua tahun dah abah tak ada...hidup ni mcm berubah rutin..bagi siapa yg kenal aku since sek maybe depa akan taw apa maksud perubahan rutin bagi aku..
kaki ini hanya tahu melangkah..tanpa mgerti makna setiap langkah itu..selalu tertanya di fikiran aku..bila kah langkah ini akan terhenti tanpa erti...aku selalu merasa langkah2 yang aku atur semuanya kosong..mungkin aku ni gedik kottt sbb tu kate langka2 aku tu kosong..tapi yang merasa hanya aku...bangun pagi adalah sesuatu yg sukar dalam hidup aku sejak abah dah tiada..bukan aku cuba meyalahkan takdir tapi jujur hati ni rasa kosong seperti mana setiap langkah yang aku atur..aku hanya tahu berusaha bangun pagi mula kan langkah utk ke kelas ,memulakan kelas..dalam kelas otak aku selalu melayang hum entah bile nya otak aku fokus dlm kelas tu..hohoho..after kelas aku mula kan lg langkah aku ke cafe bersama kwn2 aku mulakan sarapan aku setelah itu kami berpisah menuju ke kelas masing2 dan ketika itu sekali lg aku mula kan langkah aku ke kelas dan berusaha fokus dalam kelas...tapi kalau kelas kat dkg 6 tu selalu laa otak aku melilau entah ke mana nth otak aku ni berfikir tapi langkah kaki aku masih terus ke dkg 6...aku cuba ubah kan style hidup aku seperti dulu tapi nth sampai skrg aku masih tak mampu..ya semua org akan cakap 'kau boleh' tapi rasa ini tetap kosong sampai ke saat ini..mungkin tiada yang akan faham perasaan aku ni..aku rasa letih tapi masih carrying on..aku rasa give up tapi masih teruskan langkah...mungkin ini perjalanan hidup aku iaitu hanya mengatur langkah utk berjalan dan bukan nya utk berlari bg mgejar impian..akankah aku akan melangkah dengan penuh erti??aku harap begitu..langkah yang kosong akan berganti dengan langkah yang penuh dengan maksud matlamat hidup aku...aku tahu saat ini aku telah menjadi seorang anak yang memusnahkan impian ibu bapa nya...aku sentiasa kalah dengan diri aku emosi aku..hati ini rasa pedih tak terkata..ada kala aku akan menanges sendirian..jujur aku perlukan sokongan..mungkin aku merasa tidak cukup dgn sokongan yang sedia ada..mungkin perasaan kosong ini telah membutakan sokongan yang sedia ada..yahhhhhhhhhhhh...perasaan kosong nyahhh engkauuuuuu...kalau lah menaip akan membuang perasaan kosong ni  humm rase nya mahu aku tiap2 masa menaip je...


12/27/13

Puisi Pandu buat Indah


Puisi Pandu buat Indah

Kita ibarat dua titis air
yang bertemu di tengah laut kehidupan

kadang hujan nyaris memisah kan kita
tapi pada cinta kita berpegang

namun kini angin yang lembut
telah datang membawaku

ku berikan mataku
agar kau bisa melihat bagaimana cinta menjaga mu

sampai nanti kita bertemu lagi
sebagai dua bintang di angakasa...
 

12/25/13

masih cinta

masihkah ada cinta untuk kita??

Allah Maha Pemaaf..
Cinta Nya sangat lah besar tak terkata untuk kita..
so kalau ada apa2 masalah ingat lah pada Allah
Allah sedang menguji kita..
.............................................................................
kata-kata itu tidak mampu menjamin apa2 wahai sahabat..
jatuh hati tu mmg fitrah kita
pilih lah jalan terbaik..
fikiran orang melayu
nak kawin kena kaya
orang islam pulak
nak kaya kena kawin
............................................................................
Ya Allah Ya Rahman Ya rahim
Limpahkan kurnia Mu, rahmat Mu kepada pembaca post ini
hasbi Robbi JanaAllah Ma Fill qalbi qhairullah
Nur Muhammad Salla Allah La ila ha ila Allah
...........................................................................
Ya Allah
semoga dia menjadi jodoh ku yang terbaik
semoga ini pentunjuk dari Mu
#istikarah

7/29/13

pulihkan semangat

humm..
abah...
sejak abah tak ada..
kadang2 akak rasa akak dah tak kenal diri akak sendiri...
akak rasa akak byak berubah..
terlampau byk pembohongan akak kat kawan2
terlalu byk kepura-puraan dalam diri akak
akak pergi sana sini utk buat hati akak happy
tapi cuma abah je yg boleh happykan akak
akak gelak tawa dengan kawan2
padahal hati akak tak ketawa pun abah...
cuma bila izad buat lawak bodoh dia je sy ketawa..
tu pun hanya seketika...sebab dia dah tak ada..
dia pun pergi tinggalkan akak..
maaf kan akak bila akak x dpt jadi diri akak bila abah pergi
kasih abah terlalu kuat dalam hati akak
bila abah pergi..
sekuat syg akak terhadap abah sekuat itu laa hati akak dipukul dengan rasa sakit
abahhh..
maafkan akak bila akak x dapat jadi anak yang abah boleh banggakan
keputusan peperiksaan akak sangat teruk..
macam bukan diri akak je abah
maafkan akak..
akak dah musnahkan impian abah...
maafkan akak bila hati akak masih tidak reda dgn kenyataan ini
akak syg sgt kat abah..
kadang2 akak sendiri kecewa dengan diri akak
akak selalu fikir nak benti belajar sbb abah dah tiada di sisi akak
akak tak boleh nak buat semuanya dengan sempurna...
akak gagal dengan diri akak...
orang selalu cakap'kalau benti nak buat apa?kawin?gatal!nak keje apa?!'
akak rasa diaorg ckp main sedap lidah je..nak je akak maki
diaorg tak de kat tempat akak
akak belja untuk abah
ye salah akak..sepatutnya akak belajar untuk Allah dan diri akak...
tapi akak buat semua tu utk abah...abah penyeri hidup akak..
abah pembakar semangat akak..
tapi bila abah tak ada semuanya hancur..HANCUR!
abah..akak rindukan abah..sangat....
tapi kan...akak dah bernaza
disebabkan BKAF akak lulus
akak naza akan pulihkan semangat abah..
akak akan sentiasa ingat apa izad cakap'abah kau kan sentiasa di hati'
maaf kan akak bila akak terkandas..
tapi sekarang akak akan cuba bangkit...
bangkit dari semua..
dah pastikan semngat abah tak pernah hilang dan sentiasa di hati..
akak akan pulihkan semangat hati akak!
AllahuAkbar!

7/25/13

the life


Men are all like that,
 you wouldn’t be any different
you valued me at first 
but then you flew away
Men are all like that, 
you wouldn’t be any special
you had all of my heart but 
then you flew away

Women are all like that, 
i wouldn’t be any different
i knew your heart 
but i hoped that you’d return
Women are all like that, 
i wouldn’t be any special
i knew it wasn’t 
but hoped that you would be my last love

.....................

aKu sadari semua jalanku tak berarah kepadamu
Mungkin salah diri ini memikirkanmu
Aku kini telah berdua
Ku hindari hati tak ingin berpisah

.....................

Kau acuhkan aku, kau diamkan aku
Kau tinggalkan aku
Lumpuhkanlah ingatanku, hapuskan tentang dia
Hapuskan memoriku tentang dia
Hilangkanlah ingatanku jika itu tentang dia
Ku ingin ku lupakannya






7/16/13

sunnah yang makin dilupakan

Assalamualaikum,
Sama ada anda perasan atau tidak,saf dalam solat jemaah sekarang makin lama-makin renggang,jika dulu sebelum solat antara perkara yang sangat ditekankan oleh imam ialah rapatkan saf sehingga bahu bertemu bahu dan kaki bertemu kaki.

Dalam islam setiap perkara itu walaupun nampak kecik tapi sebenarnya akan memberikan kesan yang besar jika diamalkan atau sebaliknya (ditinggalkan)Antara sebab orang Islam sekarang semakin kurangnya rasa ukhuah dan kesepakatan ialah kerana saf solat yang renggang dan bengkang bengkok.

Ada sebuah hadis tentang hal ini yang maksudnya lebih kurang,
Luruskan saf solat kamu dan janganlah kamu bercerai-berai (dalam mendirikan saf), akan tercera-berai hati kamu. (Riwayat Muslim). Sabda Baginda lagi: Tegakkanlah saf-saf kamu sekalian sebanyak tiga kali, demi Allah (kamu diperintah agar) merapatkan/meluruskan saf-saf kamu, atau Allah akan mencerai-beraikan hati kamu. (Riwayat Abu Daud).

Saya dah lama terfikir benda ni dan secara kebetulan terjumpa hadis ini dalam blog ustaz Azhar yang saya kira baik untuk disebarkan.

CARA MELURUSKAN SAF
Meluruskan saf dalam solat berjemaah merupakan sunah Nabi s.a.w. Malah ada ulama yang memandang penyempurnaan saf dalam solat adalah wajib. Menurut Syaikh Muhammad Nashiruddeen al-Albani: ”Mendirikan dan meluruskan saf hukumnya wajib kerana terdapat perintah yang berasal daripada Rasulullah. Kalimat perintah itu pada asalnya bererti wajib, kecuali ada qarinah (petunjuk lain) yang mengalihkan daripada pengertian wajib tersebut.

Namun, terlalu sedikit di kalangan masyarakat kita yang mengamalkannya. Pada tanggapan mereka kesempurnaan saf hanyalah dengan mempastikan barisan solat itu lurus. Sebenarnya ada beberapa perkara lain yang juga telah diperintahkan oleh Rasulullah berkaitan kesempurnaan saf:

1. Merapatkan bahu dengan bahu orang yang solat bersebelahan dengannya.
2. Merapatkan lutut dengan lutut orang yang solat bersebelahan dengannya.
3. Merapatkan buku lali dengan buku lali orang yang solat bersebelahan dengannya.
Hanya dengan mempraktikkan perkara-perkara di atas barulah tercapai kesempurnaan saf dalam solat berjemaah dalam erti kata sebenar.

Hadis-hadis berkaitan dengan perkara di atas adalah seperti berikut:
* Daripada Nu’man bin Bashir berkata: “Aku melihat seseorang merapatkan bahunya dengan bahu saudaranya, merapatkan (melekatkan) lututnya dengan lutut saudaranya dan melekatkan mata kakinya (buku lali) dengan mata kaki saudaranya.” (Riwayat Abu Daud).

* Daripada Anas bin Malik daripada Nabi s.a.w. bersabda:
(Pada waktu solat) setiap kami meratakan bahunya dengan bahu saudaranya dan telapak kakinya (buku lali) dengan telapak kaki saudaranya. (Riwayat Bukhari).

Sunah Nabi s.a.w. ini seakan-akan sudah lenyap dari masjid-masjid di Malaysia.
Penulis pernah cuba mempraktikkan sunah ini dalam solat berjemaah di beberapa masjid, namun hasilnya amat mengecewakan.

Ramai dari kalangan jemaah akan menjauhkan buku lali dan lutut masing-masing ketika penulis cuba merapatkan saf tersebut.
Mereka seolah-olah tidak selesa merapatkan dan meluruskan saf dengan cara begini.
Namun begitu kita sebenarnya tidak boleh menyalahkan mereka kerana sunah ini memang tidak disebarkan secara meluas di Malaysia, apalagi untuk dipraktikkan.
Penulis yakin sekiranya sunah ini diajar secara meluas di dalam kelas-kelas atau kitab-kitab fardu ain nescaya ia akan diamalkan di seluruh masjid di Malaysia.

HIKMAH MERAPATKAN SAF
1. Ia merupakan antara faktor yang menyumbang kepada kesempurnaan solat. Sabda Rasulullah: Luruskan saf kamu, kerana meluruskan saf merupakan sebahagian kesempurnaan solat. (Riwayat Muslim).
2. Ia adalah faktor yang boleh menyatukan hati umat Islam. Sabda Rasulullah: Luruskan saf solat kamu dan janganlah kamu bercerai-berai (dalam mendirikan saf), akan tercera-berai hati kamu. (Riwayat Muslim). Sabda Baginda lagi: Tegakkanlah saf-saf kamu sekalian sebanyak tiga kali, demi Allah (kamu diperintah agar) merapatkan/meluruskan saf-saf kamu, atau Allah akan mencerai-beraikan hati kamu. (Riwayat Abu Daud).

Menurut Syaikh Abu Ubaidah
Masyhur:
”Dalam perintah meluruskan dan merapatkan saf merupakan unsur pendekat jiwa yang akan menjalinkan hubungan persaudaraan dan keinginan saling menolong. Bagaimana tidak! Bukankah bahu si miskin berhimpitan dengan bahu si konglomerat, kaki si kuat melekat dengan kaki si lemah. Dan semuanya berada dalam satu saf, bagaikan bangunan yang tersusun sangat rapat.

5/24/13

belajar menerima kehilangan baru mengerti apa itu kehilangan

Belajar menerima kehilangan baru kita faham erti kehilangan..
Tapi bagaimana nak menerima nya...
Segala peristiwa itu menghantui kembali..
Mungkin kah setiap kali final exam peristiwa itu akan kembali menghantui aku?
Bagai mana nk belajar menerima kehilangan!!??
Yang pasti setiap titisan air mata tidak akan memberi apa2 perubahan dalam hidup ini
Bahkan ia tidak mampu menenangkan jiwa ini..
Bagaimana belajar menerima kehilangan!!?
Begitu mudah semangat itu hilang...
Maaf....maaf... maaf...maaf...
Adakah perkataan maaf itu mampu mengembalikan semangat yg lumpuh?
Mampu kah ia???????????????
Dimana akan aku seru semangat itu?
Dimana?dimana?dimana?
abah............................................
Maaf bila anak abah ni gagal...
Abah dah tak ada...
Semangat abah juga menghilang
Apa yang harus anak abah ni buat
Yaaaaaa terus kan semangat abah
Tapi bagaimana?
Anak abah ni tak kuat tanpa abah..
Tak mampu nk buat tanpa abah...
Maaf sekiranya anak abah gagal...
Berkata-kata itu mudahhhh...teramat mudah
Tapi untuk melaksanakannya adalah sukar...